Tuesday 28 July 2015

Skip to main content Dapatkan BH Plus. Langgan Sekarang. Log Masuk Langgan BERITA Utama Semasa Politik Sukan Dunia Bisnes Jenayah Kolumnis Rencana BH@IT Hiburan Foto Video MEDIA SOSIAL Anwar yakin akan dibebaskan ISNIN, 26 JANUARY 2015 - 3:12PM KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin akan dibebaskan daripada kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan hukuman lima tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan apabila Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan rayuannya pada 10 Februari depan. Anwar berkata, keyakinan beliau itu berdasarkan penghujahan pasukan guaman, perincian fakta dan undang-undang kukuh yang telah dibentangkan di hadapan panel Mahkamah Persekutuan. "Fitnah tidak wajar dijadikan alat dalam tinju politik dan diberi ruang untuk memporak-perandakan negara. Saya panjatkan doa pada Allah Yang Maha Esa agar keadilan dapat ditegakkan dan saya dibebaskan," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. Ia sebagai reaksi kepada kenyataan Mahkamah Persekutuan tengah hari tadi bahawa pengumuman kes rayuan Anwar ditetapkan pada 10 Februari ini. Anwar merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan beliau dengan kesalahan meliwat Mohd Saiful dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya. Datuk Seri Anwar Ibrahim DISYORKAN Bekas menteri tubuh parti baharu Tindakan Anwar akan dirujuk kepada Peguam Negara - Shafee Gambar Anwar pegang telefon bimbit semasa di Mahkamah Persekutuan - Penjara IS bakar hidup-hidup 43 tebusan di Anbar Recommended by DISYORKAN Gambar artis separuh bogel tersebar Shukri Yahaya pilihan Fathia Latiff Sarawak tak layan referendum keluar Malaysia - Adenan Satem Harga baharu petrol, diesel mulai tengah malam ini Gaji PM Singapura tertinggi di dunia Recommended by Kembali ke atas Hak Cipta Terpelihara © 2014 - BH Online New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H) Versi Desktop 

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/31532?m=1

No comments:

Post a Comment