KUALA LUMPUR: Setelah beberapa kali tertangguh, perjanjian penstrukturan semula industri air negeri Selangor dijangka dimeterai hari ini.
Ia bakal ditandatangani menteri besar Mohamed Azmin Ali manakala kerajaan pusat akan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KETTHA) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili jam 3 petang di Putrajaya, menurut sumber kerajaan negeri.
Perjanjian tersebut sepatutnya dimuktamadkan pada Februari tahun ini namun tertangguh hingga sekarang.
Azmin sebelum ini dilapor telah bertemu kerajaan pusat bagi membincangkan beberapa isu berbangkit terutama melibatkan isu tuntutan pengambilalihan aset negeri.
Bulan lalu, Syabas memberi amaran isu-isu berkaitan dengan penstrukturan semula industri air perlu diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan gangguan bekalan air kerana rizab Lembah Kelang kini berada di bawah paras lima peratus.
Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail berkata projek Langat 2, projek bekalan air utama bagi Selangor dan Kuala Lumpur sangat diperlukan sekarang.
Ia bagi memenuhi keperluan penduduk dan industri di Lembah Kelang sehingga 2025.

No comments:
Post a Comment