Tuesday 28 July 2015


BAHASA

Muhyiddin memang cari nahas, kata Nazri Aziz

Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengejutkan kerana beliau langgar keputusan Kabinet, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Julai, 2015.Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengejutkan kerana beliau langgar keputusan Kabinet, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Julai, 2015.
Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jemaah menteri tidak mengejutkan kerana beliau memang terang-terangan melanggar keputusan Kabinet berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Nazri Aziz.
Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, ucapan Muhyiddin pada mesyuarat Umno bahagian Cheras Ahad lalu keterlaluan hingga tidak dapat dibendung lagi mengakibatkan tindakan tersebut diambil.
"Dalam Kabinet, kita sudah bersetuju, hanya Husni boleh cakap mengenai 1MDB sehinggalah pasukan petugas khas selesai menjalankan tugasnya," katanya merujuk kepada Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-memang-cari-nahas-kata-nazri-aziz#sthash.hj4U1Aiq.dpuf

No comments:

Post a Comment