Wednesday 8 July 2015

Pemandu teksi diperintah bayar 3 'Gadis Myvi' RABU, 8 JULAI 2015 - 12:17PM Oleh Norrasyidah Arshad GAMBAR tiga 'Gadis MyVi' yang menjadi viral Mac lalu. Gambar kecil pemandu teksi, Azmi Mat Mokhtar. SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini memerintahkan seorang pemandu teksi, Azmi Mat Mokhtar membayar kompaun berjumlah RM1,000 kepada tiga 'Gadis Myvi' yang dilanggarnya, Mac lalu. Majistret Elyana Razali, turut memerintahkan bapa tiga gadis itu, Syed Fareid Yahya, 51, membayar kompaun berjumlah RM50 kepada Azmi, 54. Keputusan itu diambil selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan perkara itu secara baik berdasarkan terma yang dipersetujui bersama. Pergaduhan antara Azmi dan 'Gadis Myvi', Sharifah Fara Difla, 28, Sharifah Fara Afzan, 27 dan Sharifah Fara Ryyana, 24, di Stesen Minyak Petron, Seksyen 7, dekat sini pada 29 Mac lalu, menjadi viral di laman sosial. 

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/66586?m=1

No comments:

Post a Comment