Friday 3 July 2015

Akibat Tersadung, Mariah Carey Hampir Malukan Diri Sendiri

03/07/2015
Dilihat : 127592
Penyanyi terkenal antarabangsa Mariah Carey hampir memalukan dirinya di hadapan teman lelakinya, James Packer selepas tersadung ketika menuruni tangga.

Kejadian itu berlaku  apabila Mariah yang memakai kasut tinggi menuruni anak tangga dengan tidak stabil untuk menuju ke kapal layar milik teman lelakinya.

Namun, apa yang menarik perhatian paparazzi ialah teman lelakinya itu langsung tidak mempedulikannya sebaliknya hanya melihat sambil duduk tempat yang disediakan di dalam kapal layar tersebut.

Mujurlah Mariah ‘diselamatkan’ oleh kelasi yang bertugas dengan memegang erat tangan penyanyi itu untuk mengelakkan dia terjatuh.

Bagaimanapun beberapa foto Mariah Carey yang diambil oleh paparazzi telah menarik perhatian peminatnya di mana jelas menampakkan teman lelaki penyanyi itu seakan-akan tidak ada usaha untuk menyelamatkan teman wanitanya.

Mariah bagaimanapun tidak seakan-akan tidak kisah dengan sikap James dan terus meluru ke arah kapal layar tersebut tanpa sebarang masalah.

Difahamkan, Mariah Carey mula bercuti bersama teman lelakinya itu di Sepanyol sejak Rabu.







No comments:

Post a Comment