Sunday 1 March 2015

Pelajar Tingkatan 5 Meninggal Dunia Sebab Cuaca Panas




Kematian seorang pelajar tingkatan lima semalam menggemparkan tanah air. Difahamkan, pelajar tersebut meninggal dunia akibat serangan strok haba yang berpunca daripada cuaca panas.


Pelajar merupakan seorang pelajar tingkatan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manggis, Banting, Selangor.

Menerusi satu laporan polis yang dibuat oleh guru sekolah berkenaan, pelajar terbabit, Arven a/l Navies dikatakan sedang menjalani latihan bola sepak peringkat daerah ketika kejadian berlaku.



Bagaimanapun, Hospital Banting menafikan kematian seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Banting, semalam disebabkan strok haba.

Pengarah Hospital Banting Dr Rozita Mohamed berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan oleh penyakit lain.

"Namun, kematiannya mempunyai kaitan dengan pendarahan di bahagian dalam otak,"katanya.

Semalam, pelajar lelaki berkenaan mengadu sakit kepala sebelum rebah ketika menjalani latihan bola sepak kira-kira 11 pagi.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Klinik Kesihatan Teluk Datuk, untuk rawatan lanjut.

No comments:

Post a Comment