Tuesday 24 March 2015

Targhib Ust. Abdul Azim:

- Ayat: “Wallazina jahadu fiina…..” telah dibacakan...

- Kita telah dianugerahkan dengan kerja yang sangat besar oleh Allah swt

- Balasan dan ganjarannya sangat lumayan dan ‘azim

- Terdapat janji pemberian hidayah  oleh Allah swt dalam usaha mujahadah sebegini..

- Mari kita tambah dan teruskan kerja usuli, tingkatkan tawajuh dan elakkan syaitan meletakkan helahnya untuk melemahkan azam kita. Ayoh bangkit tuan2...

- Contoh: Sewaktu Ustaz khuruj satu (1) tahun beberapa tahun lalu, Allah swt telah anugerahkan 96 orang secara tunai untuk keluar 4 bulan. Allahu akbar...

 Bagaimana usaha dilakukan?

a.  Siang dan malam berterusan usuli...

b. Semua ahli jemaah khatam 30 juzuk Quran

c. Lakukan usuli, jika belum dapat cash, kami kembali ke masjid lakukan solat 2 rakaat, pergi semula jumpa orang yang sama berkali-kali, sehinggalah orang tersebut di pilih Allah swt...

d. Pergi dengan yaqin yang betul bahawa Allah swt sahaja yang boleh keluarkan sesiapa pun !!

e. Berikhtiar sehingga kepada kemampuan terakhir, maka selepas itulah akan datang nusrah Allah swt..

f. Kita akan lihat sendiri dengan mata kita nusrah tunai dari Allah swt...

g. Mafhum hadis: Barang siapa yang menjadi petunjuk/dalil ke arah kebaikan, maka baginya pahala yang sama seperti orang yang mengerjakannya. Allahu akbar...

- Azam kita hendaklah sehingga 100% Ulama dan Qudamak akan hadir ke Jord April ini..

- Mereka yang aktif buat usaha ke atas mereka belum/tidak aktif dengan secara berterusan..doa

No comments:

Post a Comment