Thursday, 26 March 2015

Pembantu juruterbang sengaja junamkan Germanwings


Ketua Eksekutif Lufthansa, syarikat induk Germanwings, Carsten Spohr bercakap pada sidang akhbar mengenai nahas Germanwings Penerbangan 4U 9525, di Cologne, Jerman. - Foto EPA
BERLIN: Tiada sistem keselamatan yang dapat melindungi syarikat penerbangan daripada tindakan seperti yang diambil pembantu juruterbang Germangwings penerbangan 4U 9525, yang mana penyiasat Perancis dakwa sengaja menjunamkan pesawat itu ke pergunungan Alps. 
"Apa saja sistem keselamatan yang dimiliki sesebuah syarikat penerbangan, tidak kira sejauh mana tinggi piawainya, kes terpencil seperti ini memang tidak dapat dinafikan," kata Carsten Spohr, Ketua Eksekutif Lufthansa, syarikat induk Germanwings. 
"Tiada sistem di dunia ini yang dapat menolak kemungkinan seperti itu," katanya dalam sidang media di sini.
Terdahulu di SYNES-LES-ALPES: Ketua Penyiasat Perancis, Brice Robin, ketika mendedahkan butiran rakaman suara kokpit pesawat itu, mendakwa pembantu juruterbang warga Jerman berusia 28 tahun, Andreas Lubitz dengan sengaja menjunamkan pesawat ke pergunungan Alps selepas mengunci juruterbang di luar kokpit. 
Robin berkata, maklumat awal yang diperoleh menerusi perakam suara kokpit (CVR) mendapati Lubitz berhasrat memusnahkan pesawat berkenaan yang membawa 150 penumpang dan krew. 
"Semua 144 penumpang dipercayai terkorban dan besar kemungkinan tidak menyedari apa yang berlaku dalam detik-detik terakhir sebelum pesawat terhempas.
"Pembantu juruterbang bersendirian di dalam kokpit dan enggan membenarkan juruterbang masuk," katanya kepada pemberita.
Berdasarkan rakaman, juruterbang keluar untuk ke tandas dan melakukan beberapa percubaan untuk kembali ke kokpit dengan mengetuk pintu bertalu-talu.

No comments:

Post a Comment