Friday, 20 March 2015

DOA BAGI MEREKA YANG ADA, HANDPHONE
■■Ya ALLAH ampunilah dosa dosa kami yg mempunyai HP kerana:
●Kami lebih banyak mengisi kredit drp bersedekah.
●Kami lebih banyak pegang HP drp pegang tasbih.
● Kami lebih banyak lihat hp dari lihat wajah ibu bapa suami isteri dan anak2.
●Kami lebih banyak baca sms drp baca Al Quran
●Kami lebih sering menelefon drp Silaturahim.
●Kami lebih sering buka bluetooth drp berlutut untuk sujud...
■■Ya ALLAH ampunilah kami yg serba kekurangan dan yg selalu lalai ini..dan semoga HP yang kami miliki ini dapat digunakan sebagai IBADAH untuk lebih taqarrub kepada Mu Ya ALLAH.
Amin....
Kata guru:
>>Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...
●Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...
●Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...
●Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...
●Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...
>>Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu...
●Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu...
●Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu...
●Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu...
>>Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya...
Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu...
>>Realitinya begitulah..lepas solat selesai salam, TANGAN terus raba cari hp, padahal xde benda pun.Zikir diabaikan..astaghfirullah.. Ya Allah, biarlah dgn hp canggih2 menambah ketaatan kpd Allah, bukan mengheret kita lalai kpdNya....
kekawan renung2kan dan selamat beramal....
Subhanallah Ya Allah...ampunilah dosa2 ku...
Peringatan utk diri sendiri......
Ikhlas daripada saya Fauzi Ahmad.....

No comments:

Post a Comment