Tuesday 10 March 2015


Pasangan Diijab Kabul Dengan Mas Kahwin 30 Juzuk Hafalan Ayat Al-Quran

Click Here


INDONESIA: KH Abdullah Gymnastiar baru-baru ini telah menikahkan anak perempuan ketiganya, Ghaitsa Zahira, dengan seorang pemuda bernama Maulana Yusuf.

Untuk pengetahuan pembaca, Abdullah Gymnastiar atau lebih dikenali Aa Gym adalah seorang pendakwah, penyanyi, penulis buku dan penerbit, pengusaha dan pengasa Pondok Pesantren Darut Tauhid di Jalan Gegerkalong Girang, Bandung.

Apa yang istimewanya dengan majlis perkahwinan anak perempuan Aa Gym ialah mas kawin yang diletakkan oleh beliau terhadap pemuda yang bakal menjadi menantunya tersebut iaitu membaca hafalan ayat al-quran 30 juzuk.

Untuk memiliki gadis impiannya sah menjadi isterinya Maulana Yusuf telah membaca kesemua hafalan 30 juzuk Al-Quran tersebut di hadapan Aa Gym seharian.

"Alhamdulillah doa dari sahabat semua, Aa sangat bersyukur Ghaitsa Zahira sofa telah diijab kabulkan dengan Maulana Yusuf yang sama sama penghafal quran dan semoga terus menjadi pengamal Alquran."

No comments:

Post a Comment