Gambar yang dimuat naik baru-baru ini telah menimbulkan tanda tanya kepada peminat dan juga pengikut Instagram Victoria.
Difahamkan gambar tersebut diambil di dalam sebuah jet peribadi ketika Victoria dalam perjalanan ke Hong Kong bagi memenuhi jemputan dan juga pertunjukkan fesyen untuk koleksi terbarunya.
Foto tersebut memperlihatkan pereka fesyen itu duduk diatas riba jejaka tersebut dengan gaya comel dan membuat aksi seakan-akan mahu menciumnya.
Victoria juga nampak selesa berada disisi lelaki yang dikenali sebagai Ken Paves.
Namun kemesraan itu tidak memberi sebarang maksud kerana Ken merupakan jurudandan rambut dan juga sahabat baik kepada Victoria.
Ken mengenali Victoria sejak tahun 2006 dan mereka melalui saat suka duka bersama malah dia juga merupakan antara orang yang paling rapat dengan keluarga Beckham.
Selain itu, Ken juga sering dilihat keluar bersama Victoria dan anak-anaknya.
No comments:
Post a Comment