Sunday 1 March 2015

Kejamnya...

Oleh Rohaida Omar
am@hmetro.com.my
Kuala Krai: Seorang wanita berusia 26 tahun yang juga isteri kepada anggota sukarelawan polis, maut akibat dikelar di leher dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Batu Papan, Gua Musang 2.30 pagi tadi. 
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, susulan itu seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Katanya, mangsa, Yashmin Fauzi, meninggal dunia pada 6.40 pagi tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Krai.
"Ketika kejadian, suami mangsa yang juga anggota sukarelawan polis sedang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.
"Dia pulang ke rumah seketika kerana berasa tidak sedap hati dan mahu menjenguk isteri dan tiga anaknya pada 2.50 pagi, bagaimanapun dia menemui isterinya terbaring dalam jarak 100 meter dari rumah dengan leher berlumuran darah dan keletihan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Banjir di Sungai Durian, di sini, petang ini.
Mazlan berkata, pihaknya kini sedang memburu seorang lagi suspek dan yakin kes dapat diselesaikan segera berikutan tangkapan suspek pertama yang turut dikenali mangsa.
Sebilah parang disyaki digunakan untuk mengelar mangsa turut ditemui.
"Kita juga sedang menunggu laporan bedah siasat sama ada mangsa dirogol atau tidak," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 
Ahad, 1 Mac 2015 @ 5:41 PM 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33964?m=1#sthash.lVPVYNEB.dpuf

No comments:

Post a Comment