Mutakhir
Lelaki maut rempuh van
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
Putrajaya: Seorang kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) maut apabila motosikal ditungganginya merempuh sebuah van syarikat penyelenggaraan yang cuba membuat pusingan 'U' di susur keluar Hotel Shangri La, di sini, sebentar tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu, mangsa yang dikenali sebagai Razie Jantan, 31, maut serta merta di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan.
Jurucakap polis berkata, mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.


No comments:
Post a Comment