Dua maut nahas payung terjun
Gurun: Dua lelaki berusia 32 dan 52 tahun dari Kelab Sukan Udara Negeri Perlis maut selepas terbabit dalam nahas payung terjun dan tersangkut di atas pokok di tebing curam lebih kurang empat kilometer dari puncak Gunung Jerai jam 12 tengah hari tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 12.53 tengah hari dan tiba di lokasi pada 2 petang.
Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia adalah Mohd Hazlan Ismail, 32, dan Liang Chong Kee, 52, di mana operasi membawa mayat turun sedang dijalankan.
“Bomba terpaksa menggunakan tali untuk membawa mangsa turun dari tebing curam dianggarkan berketinggian 50 meter.
“Seramai 23 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Petani dan Guar Cempedak, di sini terbabit dalam operasi itu,” katanya.
Ahad, 9 Ogos 2015 @ 4:10 PM
No comments:
Post a Comment