Selepas misi MH370, kapal laut China kembali
27 Mei 2015
PULAU PAYA - Forum Serantau Asean-Eksesais Bantuan Bencana (ARF-DiREx) 2015, eksesais mencari dan menyelamat maritim (SAR), menyaksikan penglibatan kapal 'MV Haixun 31' iaitu kapal China yang menyertai operasi bersama mengesan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.
Nakhoda kapal, Chen Qinli berkata penglibatan kapal tersebut dalam operasi carian MH370 mengambil masa kira-kira dua bulan dan ia merupakan misi SAR terbesar dan paling lama dijalankan.
"Ia adalah salah satu misi menyelamat yang terbesar dan paling lama kami telah terlibat dan perjalanan dari China ke Lautan Hindi bukan mudah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
MV Haixun 31, sebuah kapal dengan Bahagian Rondaan Marin Laut China Selatan, Pentadbiran Keselamatan dan Penguatkuasaan Maritim China (MSA), itu berukuran 114 meter panjang, 13.8 meter lebar dan mempunyai kelajuan maksimum 22 knot.
Menagulas mengenai eksesais SAR hari ini, beliau melahirkan rasa puas hati dengan persembahan dan tahap profesionalisme semua pegawai.
Sementara itu, Lt. Komander Suhaizan Saadin daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (AP

No comments:
Post a Comment