Sunday 2 August 2015

Ini adalah sedikit kisah untuk renungan bersama...Pedoman buat Umat Islam dan Melayu....
Semoga berguna :

Kisah 1:

Seorang Cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari . Apa ada dalam fikiran Si Melayu? Sayang kucing ? Kucing makan banyak ?

Jawapan Cina, " Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan . bagi duit mesti taknak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia ."

Kisah 2:

Seorang Melayu pergi membeli di kedai Cina yang buruk , hanya untuk melihat anak gadis  tuan kedai yang cantik itu. Satu hari gadis itu tiada , setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran melayu ? Kedai buruk tapi duit banyak ? Bergadai tanah atau meminjam dari orang ?

Jawapan Cina , "Saya dari keluarga Lim , bila anak saya nak pergi belajar , semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin . Tak perlu bayar balik , bila Lim miskin sudah jadi kaya , Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula ."

Kisah 3:

Pihak AJK Masjid mahu mengubahsuai masjid mereka , bajet hanya 20 ribu je . Dicari nya kontraktor Melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu ? Baget hanya 20 ribu je ...ciput je katanya ..mana cukup . Pihak AJK masjid mencuba pula dengan kontraktor Cina . Terkejut AJK kerana kos ubah suai hanya 12 ribu je.

Jawapan cina ," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang , tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah ."

Masyaallah , tak malukan wahai bangsaku ? Kalau ada kawan buka kedai , tak malu meminta diskaun ? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu , malah dihina jika miskin . Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih ?

Malangnya , kisah diatas adalah kisah benar ….

-mari kita berubah dan mengubah...

Ini bukan politik. .. ini isu bangsa ku. .

‍‌‌‌‌‌‍‍‍‍‌πŸ˜ƒ‌‌‍‌‌‌‌‌‍‌‌‍‌πŸ‘‌‌‍‌‌‌‌‌‍‌‌‍‌πŸ‘‌‌‍‌‌‌‌‌‍‌‌‍‌πŸ‘
Potong&Tampal

No comments:

Post a Comment