Tuesday 7 July 2015

Oleh Muhammad Apendy Issahak
Ipoh: Seorang ahli perniagaan yang juga pengusaha inap desa didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, terhadap lapan pertuduhan merakam gambar lapan penghuni inap desanya yang sedang mandi dalam keadaan bogel pada Julai lalu.
Lim Lai Heng, 42, dituduh merakam gambar semua mangsa yang sedang mandi di tingkat atas premis inap desanya menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) mini dengan niat hendak mengaibkan mereka di Ipoh Garden Homestay di No 31, Jalan Pekeliling Tasek, Taman Canning, di sini, antara jam 2.30 petang hingga 11.30 malam, 27 Julai lalu.
Kesemua mangsa yang juga satu keluarga berasal dari Melaka terdiri daripada lima perempuan serta tiga lelaki berusia antara 17 hingga 53 tahun.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua lapan pertuduhan terbabit dan meminta dibicarakan.
Foto
PENGUSAHA inap desa didakwa merakam gambar lapan pelanggannya yang mandi dalam keadaan bogel. 

Lim didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-dua jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/02
DARI SELURUH LAMAN WEB
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Rakamanbogelinapdesa/Article#sthash.lekS3uM8.dpuf

No comments:

Post a Comment