Kanak-kanak 2 tahun mangsa terbaru JE
July 3, 2014
BUTTERWORTH - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun lima bulan di sini dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE), dipercayai selepas melawat datuknya di Bagan Jermal, di sini.
Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Lailanor Ibrahim berkata, pemeriksaan darah terhadap kanak-kanak itu pada 24 Jun lepas mendapati ia positif JE.
"Kanak-kanak itu mengalami demam dan kejang-kejang dan dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya pada 13 Jun, bagaimanapun keadaannya makin serius dan dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
"Di HPP pesakit telah dimasukkan ke wad Pediatrik Unit Rawatan Rapi (ICU) dan setelah menerima rawatan intensif, pesakit telah menunjukan respons yang baik serta telah dikeluarkan dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa pada 18 Jun," katanya dalam kenyataan kepada Bernama, di sini, malam tadi.
Beliau berkata menurut doktor pakar dari HPP, kanak-kanak itu telah beransur pulih setelah menerima rawatan intensif dan pesakit berkenaan juga kini boleh makan dan minum.
Dr Lailanor berkata, pesakit itu masih dirawat di HPP dan sedang menjalani fisioterapi.
"Pemeriksaan darah (Serum Serologi untuk JE) pada 24 Jun lepas adalah positif dan hari ini pihak HPP sekali lagi mengambil sampel darah pesakit untuk kepastiaan, ia dijangka diketahui dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan membuat siasatan lanjut terhadap keluarga pesakit untuk Pengesanan kes secara aktif dan langkah-langkah kawalan akan diambil.
Sebelum ini, seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat disyaki dijangkiti virus JE dan masih dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru, dekat sini.
Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, pada awalnya dikatakan mengalami demam panas sejak 18 Mei lalu dan dimasukkan ke Hospital Kepala Batas selepas demamnya itu berlarutan sebelum dipindahkan ke hospital swasta itu pada 21 Mei. - Bernama

No comments:
Post a Comment