Saturday 5 July 2014

"Alhamdulillah, Ammar menunjukkan perkembangan yang baik walaupun keadaannya belum stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Kardiologi (CCU) sebuah hospital swasta di Bayan Lepas tetapi dia mampu memberi respons.

"Menurut doktor yang merawatnya, keadaan perubatan Ammar juga menunjukkan perubahan positif dan petang tadi hospital sekali lagi melakukan imbasan (X-ray) untuk melihat perkembangannya dan saya difahamkan keputusan akan diketahui malam ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Umno Bahagian Kepala Batas yang turut dihadiri Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, di sini malam ini.

Isnin lalu, media melaporkan seorang murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini, Muhammad Ammar Muqnish disahkan dijangkiti virus JE dan kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Lepas, dekat sini.

Dua hari kemudian seorang kanak-kanak perempuan, Norain Nasuha Shukri yang berumur dua tahun lima bulan turut disahkan dijangkiti virus JE selepas pemeriksaan darah (Serum Serologi untuk JE) pada 24 Jun lalu adalah positif.

No comments:

Post a Comment