PENGASAS produk kencantikan terkenal, Muniroh Kassim memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini, bekas menantunya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 34, tidak menunjukkan reaksi gembira untuk bertemu dengan cucunya, Zahra Rania Shanley, 2.
Menurutnya, sewaktu dia menghantar Zahra Rania ke rumahnya, bekas menantunya itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi terhadap kehadiran anak kecil itu.
"Sewaktu cucu saya diwadkan di hospital kerana tidak sihat, dia cuma datang melawat lima minit sahaja," katanya.
Ibu kepada Nur Suhaila Eliani Suhaimy, 25 itu berkata, dia tidak menghalang Jimmy untuk datang melawat dan mengambil anak itu keluar pada bila- bila masa kecuali bermalam.
"Datanglah pada bila- bila masa dia mahukan di siang hari kerana rumah tinggal kami tidak berjauhan antara satu sama lain," katanya.
Menurutnya, waktu kerja Jimmy yang bermula seawal jam 6 pagi menyebabkan bekas menantunya itu tidak sesuai bermalam dengan Zahra Rania.
"Jika Zahra Rania bermalam di rumahnya, siapa akan menjaganya sewaktu bapanya keluar bekerja kerana Zahra Rania bangun tidur sekitar jam 8 pagi.
"Lagipun Jimmy hanya tinggal seorang diri di rumah," katanya.
Muniroh turut mendakwa Jimmy tidak pernah datang ke rumahnya untuk mengambil anak kecil itu.
"Usahkan datang, telefon dan bertanya khabar pun tidak. Apa pun tidak," katanya dalam prosiding perbicaraan kes perintah pemenjaraan ke atas Nur Suhaila Eliani.
Nur Suhaila Elaini didakwa melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah membabitkan hak lawatan dan bermalam Jimmy dengan anak perempuannya.
Permohonan itu difailkan Jimmy pada 7 Mei 2013.
Nur Suhaila Eliani hadir peguam Syarie, Saadiah Din manakala Jimmy Shanley ditemani peguamnya, Mohd Noor Aizan Md Idrus.
Prosiding dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Mat ditangguhkan sehingga 6 September depan.

Artikel Berkaitan
- Anak Linda Rafar meninggal dunia
- Jimmy terus balik, tidak jumpa anak
- Jimmy Shanley, Mariam selamat bernikah
- Muniroh: Jimmy tidak gembira jumpa anak
- Ayu Raudah selamat lahir anak kedua
- Anugerah terindah
- Bekas isteri dakwa Jimmy tak mampu jaga anak
- Ayu Ting Ting rindu anak
- Marion Caunter timang anak kedua
- Harith Iskander timang anak kedua
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment