Wednesday 2 July 2014

KUALA LUMPUR: Apabila tidak terpilih menyertai skuad Brazil bimbingan Luiz Felipe Scolari untuk Piala Dunia 2014, Ronaldinho tampil dengan cara tersendiri untuk menjana kewangannya di musim kejohanan besar itu.

Bekas penyerang Barcelona berkenaan memutuskan untuk memberi sewa rumahnya di Rio de Janeiro dengan harga GBP9,120.00 (RM50,130.00) semalaman, bagi memberi peluang keunikan kepada peminat.

Ronaldinho mengesahkan perkara itu di laman Twitter-nya bahawa rumah tersebut sedia untuk disewakan menerusi Airbnb.com ketika kejohanan Piala Dunia 2014 berlangsung.

Bintang Atletico Mineiro itu berkata: "Ini adalah untuk sesiapa yang ragu-ragu bahawa saya akan memberi sewa rumah saya di Airbnb! nikmati #CasaR10."

Harta Ronaldinho yang juga memiliki enam bilik mandi, adalah di dalam komuniti berpagar di kawasan Barra da Tijuca di Rio.

Kepada sesiapa yang mampu bermalam di rumah pemain 34 tahun itu, dia akan mempunyai akses kepada sauna, bilik bawah tanah dan satu peti sejuk bir.

Seni diilhamkan Ronaldinho mengisi rumah, termasuk lukisan potretnya ketika menyarung jersi Paris Saint-Germain, AC Milan dan pasukan kebangsaan.

Deposit hanya sebanyak lebih GBP600 (RM3,297) diperlukan dan merokok hanya dibenarkan di luar rumah, tetapi 'service team' akan disediakan untuk tetamu.  --Astro Arena

No comments:

Post a Comment