Hasrat jumpa ibu tidak kesampaian
June 20, 2014
KOTA TINGGI - Hasrat seorang wanita ingin bertemu ibunya tidak kesampaian apabila terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 26 Jalan Kulai-Kota Tinggi, semalam.
Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, mangsa, Rosmawati Hussein, 48, maut di tempat kejadian selepas kereta jenis Perodua Kenari dipandunya bertembung sebuah van.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Low Hang Seng berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai dari arah Kota Tinggi menuju ke Kulaijaya.
“Siasatan mendapati kenderaan dinaiki mangsa hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung van terbabit.
“Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di leher dan badan sementara pemandu van, Samsudin Sadon, 40, patah kedua-dua kaki dan isterinya, Noremy Hasbullah, 35, cedera ringan.
“Ketika kejadian, cuaca baik, keadaan jalan raya lurus terdapat garisan putus-putus di tengah jalan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Dalam pada itu, ibu mangsa, Jumrah Sagil, 72, berkata, sehari sebelum kejadian berlaku mangsa ada menghubunginya untuk memberitahu hendak balik bertemunya kerana rindu.
Katanya, ketika kejadian, anak kelima daripada tujuh beradik itu dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Pasir Gudang.
“Kami sudah lama tidak bertemu, hampir sebulan. Tidak sangka perbualan melalui telefon semalam (kelmarin) merupakan kali terakhir saya mendengar suaranya. Bagaimanapun, saya reda menerima ketentuan ALLAH ini,” katanya.
Selain suami, arwah meninggalkan tiga cahaya mata berusia sembilan hingga 21 tahun.
Jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik Kesihatan, Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga.

No comments:
Post a Comment