Berita Utama
‘Kami rindu ibu’
Oleh Siti Fatimah Hassan, Suraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur: “Kami lapan beradik sudah lali dengan cacian masyarakat. Tak apalah...yang penting kami masih ada ibu dan kami sayangkan dia, biarpun semua orang lain hina dia.”
Demikian kata remaja mahu dikenali sebagai Azril, 15, yang bukan saja terpaksa berjauhan dengan ibu, malah dia dan tujuh lagi adik-beradik berusia empat hingga 18 tahun turut terpisah kerana dijaga lima keluarga berlainan.
Semuanya disebabkan ibu mereka berusia 38 tahun ketagihan kronik dadah jenis syabu dan kini dirawat di Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) di sebuah negeri di pantai timur.
Azril berkata, hampir dua tahun dia dan adik-beradik lain tidak bersua muka dengan ibu mereka sejak wanita itu ditempatkan di pusat rawatan berkenaan.
Azril berkata, hampir dua tahun dia dan adik-beradik lain tidak bersua muka dengan ibu mereka sejak wanita itu ditempatkan di pusat rawatan berkenaan.
ARFIDAH memberikan makanan kepada anak yang dijaga Esah.
Menurutnya, dia dan adik-beradik lain reda dengan nasib mereka yang dilahirkan dalam keluarga pincang kerana bukan saja ibu penagih syabu, malah ayah, nenek dan bapa saudara turut terjerumus ke dalam jerat penagihan dadah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
No comments:
Post a Comment