KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, imej satelit terbaharu dari Airbus itu berjaya mengesan 122 objek di selatan Lautan Hindi dan memberikan satu lagi petunjuk baharu bagi mengesan MH370.
KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan menggunakan teknologi dan pendekatan berbeza selepas tamat 30 hari jangka hayat bateri pada kotak hitam pesawat MH370 yang hilang.
KUALA LUMPUR: Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke China masih diteruskan pada Mei ini, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
KUALA LUMPUR: Malaysia semalam menerima imej satelit Agensi Pertahanan dan Angkasa Airbus dari United Kingdom (UK), kemungkinan objek berkaitan MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
MELBOURNE: Australia meratapi kepergian kesemua mereka dalam sebuah pesawat Malaysia yang hilang, terutama penumpang Australia, Perdana Menteri, Tony Abbott memberitahu Parlimen di Canberra hari ini.
KUALA TERENGGANU: Seorang penumpang pesawat Malindo Air yang sebuah enjinnya terbakar ketika dalam penerbangan dari Subang ke sini hari ini, berkata beliau terdengar bunyi letupan sebelum melihat api di bahagian itu.
KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara pada keseluruhannya adalah baik, kecuali 22 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat jam 2 petang.
KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menerima kunjungan Timbalan Menteri Luar China Zhang Yesui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
PUTRAJAYA: Di sebalik pengumuman rasmi kerajaan pada Isnin lepas bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, masih ada keluarga yang berharap pesawat Malaysia Airlines (MAS) berkenaan selamat.
PUTRAJAYA: Saman fitnah RM60 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator S Nallakaruppan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan.
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), menjangkakan projek minyak dipertingkat (EOR) bakal menjadi penyumbang besar kepada pengeluaran minyak domestik dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
PUTRAJAYA: Hotel Everly yang menjadi tempat penginapan ahli keluarga penumpang pesawat MH370, di sini sebentar tadi mula mengibarkan bendera separuh tiang tanda berkabung berikutan tragedi malang yang menimpa pesawat berkenaan.
MELBOURNE: Beberapa ratus anggota keluarga penumpang serta kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dijangka tiba di Perth dalam tempoh beberapa minggu ini, lapor agensi berita Australian Associated Press (AAP).
KULIM: Cendiakawan kontroversi 'anti hadis', Dr Kassim Ahmad ditahan Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim kira-kira jam 2.30 petang tadi di kediamannya di Kelab Golf Kulim, Kedah.
SUBANG: Juruterbang Malindo Air berjaya memadamkan kebakaran enjin di sayap kirinya beberapa minit sebelum mendarat cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, kira-kira jam 7.55 pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Had umur maksimum dalam takrif 'belia' yang sebelum ini 40 tahun mungkin diturunkan kepada 25 atau 30 tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
KUANTAN: Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) akan memendekkan tempoh pemerosesan permohonan pengurusan tanah dan harta pusaka kepada tiga bulan bermula tahun depan.
KUALA LUMPUR: Austria hari ini menitipkan semangat buat Malaysia supaya tabah menerima takdir dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan cekal menghadapi tohmahan yang dilemparkan pelbagai pihak terhadap kerajaan Malaysia.
PERTH: Empat kapal China dan kapal HMAS Success Australia kini berada di kawasan pencarian pesawat hilang, MH370 di selatan Lautan Hindi, demikian menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengesahkan matlamat kerajaan mencapai pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) antara 5.0 dan 5.5 peratus tahun ini.
SYDNEY: Operasi mencari kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di kawasan terpencil selatan Lautan Hindi bertambah rumit apabila terpaksa menempuh gunung berapi dasar laut dan kawasan bergunung, kata pakar hari ini.
PETALING JAYA: Jepun hari ini menghantar kumpulan kedua daripada pasukan bantuan bencananya (JDR) menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) di selatan Lautan Hindi.
TUMPAT: Seorang pemilik kedai runcit dihukum penjara enam hari manakala dua lagi didenda RM3,000 dan RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini kerana memiliki rokok seludup.
KUANTAN: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari ini menitahkan bendera Pahang dan Persekutuan dikibar separuh tiang di negeri itu bagi menghormati tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370.
KUALA LUMPUR: Wakil Khas China, Zhang Yesui mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini bagi berbincang berkaitan pesawat MH370.
CANBERRA: Ahli Parlimen Australia hari ini memberikan penghormatan dan ucapan takziah kepada keluarga dan waris penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370.
SUBANG: Pesawat Malindo Air ke Terengganu terpaksa berpatah balik ke Subang selepas sistem pengesan kebakaran beri amaran ketika terbang 7,000 kaki di udara, pagi tadi.
No comments:
Post a Comment