Sunday, 23 March 2014


BAHASA

Australia teliti setiap petunjuk kehilangan pesawat MH370

MARCH 24, 2014
Pelaut Luke Horburgh semasa bertugas sebagai Kuartermaster di jambatan kapal maritim HMAS Success semalam. Pencarian objek kemungkinan daripada pesawat Malaysia Arlines (MAS) MH370 yang hilang diperluas hari ini berikutan satelit Perancis memberi petunjuk baru, lapor agensi berita Australian Associated Press. – Gambar Reuters, 24 Mac, 2014.Pelaut Luke Horburgh semasa bertugas sebagai Kuartermaster di jambatan kapal maritim HMAS Success semalam. Pencarian objek kemungkinan daripada pesawat Malaysia Arlines (MAS) MH370 yang hilang diperluas hari ini berikutan satelit Perancis memberi petunjuk baru, lapor agensi berita Australian Associated Press. – Gambar Reuters, 24 Mac, 2014.
Pencarian objek kemungkinan dari pesawat Malaysia Arlines (MAS) MH370 yang hilang diperluas berikutan satelit Perancis memberi petunjuk baharu, lapor agensi berita Australian Associated Press.
Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan pada Ahad ia menerima gambar kemungkinan objek daripada pesawat daripada pihak berkuasa Perancis, yang diserahkan kepada pihak berkuasa Australia yang mengetuai pencarian pesawat di selatan Lautan Hindi.
Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata lokasi imej satelit Perancis berbeza sama sekali daripada yang dikeluarkan pihak China dan Australia, yang menjadi fokus utama pencarian.
Imej Perancis memfokus di kawasan kira-kira 850 kilometer utara daripada kawasan pencarian sekarang, 2,500 kilometer barat daya Perth, Truss memberitahu
ABC Radio pagi ini.
"Ia bukan di kawasan yang dikenal pasti sebagai tempat paling tepat pesawat memasuki laut.
"Tetapi dengan berkata begitu, kami perlu memeriksa semua pilihan. Kami hanya, saya agak, memegang kepada apa sahaja maklumat yang ada untuk cuba mencari satu tempat di mana kami mungkin boleh menumpukan usaha kami," katanya.

Australia mengetuai operasi mencari kesan pesawat pada Ahad yang belum berhasil, kata Truss.
Beliau turut memberi amaran tentang keadaan cuaca yang merosot di zon pencarian dan kemungkinan Taufan Tropika Gillian, yang dijangka kira-kira 1,000 kilometer utara di kawasan pencarian.
"Jelas, ia tidak akan bergelora di kawasan yang kita sedang kendalikan pencarian. Tetapi sudah tentu, ia akan menyebabklan keadaan cuaca yang kurang elok," katanya. – Bernama, 24 Mac, 2014.
The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

COMMENTS

TALK OF THE WEB
The Malaysian Insider :: Malaysia
PKNS loses suit over PJ Sentral shares – Bernama
The Selangor State Development Corporation (PKNS) has lost its suit against Nusa Gapurna Development Sdn Bhd and Malaysian Resources Corp Bh...
Berita Malaysia News
myberita
Bintulu’s Kidurong area sees increasing demand in industrial projects from SCOREbit.ly/1iSanQc
4h

No comments:

Post a Comment