Sunday 30 March 2014

BAHASA

Tragedi MH370 lonjak Hishammuddin, mungkin pengganti Najib?

MARCH 30, 2014
Populariti pemangku Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melonjak susulan tragedi MH370. Gambar fail The Malaysian Insider.Populariti pemangku Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melonjak susulan tragedi MH370. Gambar fail The Malaysian Insider.Kepercayaan ke atas Datuk Seri Hishammuddin Hussein melonjak selepas kehilangan penerbangan MH370, lapor media yang berpangkalan di Hong Kong, South China Morning Post (SCMP).
Hishammuddin menerima kritikan hebat dalam mengendalikan krisis tersebut khususnya daripada media luar, bagaimanapun pemangku menteri pengangkutan itu mendapat banyak sokongan ramai.
“Jika semua media luar negara terus menyerang beliau, rakyat Malaysia pasti akan berada di belakangnya sebagai tindak balas," kata Oh Ei Sun, bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2009, lapor SCMP.
"Secara domestik, ia sebenarnya melonjak kepercayaan kepadanya kerana orang ramai melihat beliau lebih berkelayakan semasa berdepan situasi sukar,” katanya.
Kebanyakan wartawan turut memuji Hishammuddin apabila berkata, hanya Najib saja maju melakukannya sebagaimana yang dibuat Hishammuddin sekarang.
"Jika anda bertemu dengan mana-mana menteri kami yang lain, awak sudah tentu tahu kenapa. Hanya Najib seorang saja mampu membuat sama baik dengan beliau, tetapi bukannya lebih baik," kata seorang wartawan tempatan yang membuat liputan sidang media harian Hishammuddin kepada SCMP.
Bukan saja wartawan tempatan, pemandu teksi yang mahu dikenali sebagai Tan juga menyokong pandangan ini, lapor SCMP.
"Kerajaan di sini tidak bagus dan selalu banyak rasuah. Tetapi Hishammuddin tidak rasuah dan dia tidak memalukan Malaysia melalui televissyen. Dia buat yang terbaik dia boleh, saya boleh lihat itu," kata Tan sebagaimana dilaporkan SCMP.
Kepemimpinan Hishammuddin lebih terserlah kali ini, berbeza ketika mengendalikan pencerobohan Sulu di Lahad Datu pada 2013.
"Beliau kurang baik dan ramai yang mengkritiknya," kata Sivamurugan Pandian, penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia dipetik dalam SCMP.
"Sekarang beliau sangat berbeza dan benar, kebanyakan rakyat Malaysia merasakan beliau menjalankan tugas dengan baik,” katanya.
Hishammuddin dalam pemilihan Umno tahun lalu berjaya mengekalkan jawatan naib presiden dengan 101 undi, bagaimanapun beliau ditentang sengit anak bekas perdana menteri paling lama berkhidmat yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Pengkritik juga meramalkan Hishammuddin sebagai bakal perdana menteri, serta meneruskan legasi keluarga Razak dalam pemerintahan negara. – 30 Mac, 2014.
The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

COMMENTS

TALK OF THE WEB
The Malaysian Insider :: Malaysia
PKNS loses suit over PJ Sentral shares – Bernama
The Selangor State Development Corporation (PKNS) has lost its suit against Nusa Gapurna Development Sdn Bhd and Malaysian Resources Corp Bh...
MY Alternative Media
my_alt_media
HARAKAH: Memali incident - Horses’ Mouths – 31 March 2014: I am studying the matter. It is because this happe... bit.ly/1rVZlgZ
2h

INFONIAGA TERKINI PR NEWSWIRE

LAGI

No comments:

Post a Comment