Thursday 27 March 2014

Saya akan tapis internet kalau jadi PM semula, kata Dr Mahathir

OLEH MD IZWAN
MARCH 26, 2014
LATEST UPDATE: MARCH 26, 2014 08:36 PM
Tun Mahathir Mohamad semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana PDRM Sempena Hari Polis ke-207 di Maktab PDRM, Cheras. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Mac, 2014.Tun Mahathir Mohamad semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana PDRM Sempena Hari Polis ke-207 di Maktab PDRM, Cheras. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Mac, 2014.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji akan menapis internet jika dilantik semula untuk memerintah Malaysia.
Dr Mahathir mengakui menyesal apabila pernah berjanji tidak akan menapis internet semasa memegang tampuk kuasa suatu ketika dahulu.
"Kalau saya jadi perdana menteri semula, perkara pertama saya lakukan ialah menapis internet.
"Sudah sampai masa kita menapisnya," kata Dr Mahathir semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras hari ini.
Kenyataan Dr Mahathir berkemungkinan susulan tekanan yang dihadapi parti pemerintah Barisan Nasional (BN) beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya menerusi pelbagai platform media alternatif di internet.
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dilihat lebih ke depan berbanding kerajaan BN, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan majoriti kepada BN merudum juga disumbangkan penguasaan pembangkang di dalam internet.
Internet juga menjadi alternatif kepada media arus perdana yang sekian lama dikuasai oleh Umno dan BN.
Dr Mahathir mengakui menyesal kerana membuat perjanjian sebelum ini supaya internet tidak akan ditapis.
Menurutnya internet menyumbangkan kepada masalah sosial dan kadar jenayah yang meningkat kebelakangan ini.
"Walaupun saya bagi pengakuan kepada penasihat Koridor Raya Multimedia (MSC) semasa saya masih jadi perdana menteri, di mana saya bagi pengakuan kita tidak akan tapis internet.
"Pada masa itu saya tidak tahu apa yang boleh datang daripada internet," kata beliau.
Dr Mahathir berkata, kerajaan mampu dan mempunyai kepakaran untuk menapis internet, menyifatkan ia penting supaya rakyat tidak terdedah dengan pengaruh buruk yang boleh didapati dalam internet.
"Kita boleh tapis. Sebenarnya di Jerman mereka awal-awal lagi menapis internet. Kita boleh lakukannya, kita ada teknologi itu.
"Belanjalah sikit tapi hasilnya lebih baik kerana orang kita tidak akan terdedah dengan pengaruh yang buruk seperti ini termasuklah keganasan dalam wayang dan televisyen," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir tidak menolak penapisan internet akan mengundang kritikan pelbagai pihak, malah Malaysia akan dikecam sebagai sebuah negara tidak demokratik tetapi langkah itu perlu demi memastikan keselamatan negara terpelihara.
"Kalau dunia kata kita tidak moden, tidak demokratik, itu mereka nak kata, mereka katalah.
"Ini bukan negara mereka.  Ini negara kita dan kita berhak untuk menjaga keselamatan dalam negara," kata beliau.
Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun hingga 2003, pernah berjanji Malaysia tidak akan menapis Internet untuk menarik pelabur membangunkan MSC. – 26 Mac, 2014.
Dalam majlis sama, Dr Mahathir juga menegaskan kebebasan perlu dikawal kerana rakyat masih tidak berdisiplin dan masih terlalu muda dalam mengamalkan demokrasi.
"Kita sudah lima demokrasi dan demokrasi kita masih muda, rakyat belum tahu bagaimana mengawal diri, tak tahu mendisiplinkan diri.
"Mereka hanya ingin menggunakan kebebasan demokrasi tanpa perasaan bertanggungjawab," kata Dr Mahathir. – 26 Mac, 2014.

No comments:

Post a Comment