Tuesday 25 March 2014

BAHASA

Ibu Khairul Amri sebak terima pengesahan MH370 terlibat nahas

MARCH 25, 2014
Erny Khairul, isteri jurutera kapal terbang Khairul Amri, penumpang pesawat MH370 mencium anak mereka. Gambar fail.    Erny Khairul, isteri jurutera kapal terbang Khairul Amri, penumpang pesawat MH370 mencium anak mereka. Gambar fail."Bagi makcik masa dahulu. Makcik tak tau nak cakap apa, sedih sangat dengar pengumuman tadi," kata ibu kepada jurutera kapal terbang, Khairul Amri Selamat.
Normah Jaafar, 50-an, amat sedih mendengar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 dikesan berakhir di selatan Lautan Hindi.
Khairul Amri, 29, merupakan seorang daripada 227 penumpang pesawat itu yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kerana urusan kerja iaitu untuk membaiki sebuah jet milik syarikat persendirian.
Normah ketika dihubungi tidak dapat menahan perasaan sedih sebaik mengetahui perkara itu dan menangis teresak-esak mengenangkan nasib yang menimpa anaknya.
Beliau bagaimanapun merakamkan penghargaan kepada media kerana ramai yang menghubunginya untuk menyampaikan rasa simpati mereka.
Normah, yang tinggal di Taman Kerayong Makmur, Bera, tidak mampu bercakap lebih lanjut kerana terlalu sedih.
Difahamkan beliau akan ke Kuala Lumpur pagi ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tragedi yang menimpa pesawat MH370 selepas ia hilang sejak 8 Mac.
Khairul Amri, 29, merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan mempunyai seorang anak berusia setahun tiga bulan. – Bernama, 25 Mac, 2014.
The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

COMMENTS

TALK OF THE WEB
Berita Malaysia News
myberita
Crashed MH370s co-pilot was flying Boeing 777 for first time without check co-pilotbit.ly/1rtgdvn
9m
Berita Malaysia News
myberita
How Brit satellite company Inmarsat nailed likeliest spot of MH370 crash bit.ly/1hkNHnt
8m
The Malaysian Insider :: Malaysia
Rights groups reveal documents alleging involvement of Taib, son in lucrative waste deal
Two international non-governmental organisations (NGOs) today revealed documents which showed the involvement of outgoing Sarawak Chief Mini...
Berita Malaysia News
myberita
Indian family mourns death of kin in Malaysian plane crash bit.ly/1rtgdeU
8m
Berita Malaysia News
myberita
Malaysia Airline to take families of people onboard MH370 to recovery areabit.ly/1rtgdeK
8m
The Malaysian Insider :: Malaysia
PKNS loses suit over PJ Sentral shares – Bernama
The Selangor State Development Corporation (PKNS) has lost its suit against Nusa Gapurna Development Sdn Bhd and Malaysian Resources Corp Bh...
MY Alternative Media
my_alt_media
HARAKAH: GST awareness campaign will burn RM365 million: The unpopular goods and services tax (GST) will take ...bit.ly/1jAYhJL
12m
Berita Malaysia News
myberita
Malaysia Airline CEO devastated over passengers not making it to destination alivebit.ly/1hkNJM3
9m

No comments:

Post a Comment