Cabaran SAR berdepan lautan 'ganas'
Tarikh: March 25, 2014
SHAH ALAM – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini tertumpu Lautan Hindi, berdepan cabaran sukar memandangkan situasi lautan itu yang ganas, kata bekas Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussein.
Ujarnya, ketinggian ombak yang boleh mencecah 40 kaki dengan angin kuat menambah kesukaran mencari serpihan objek yang dikaitkan dengan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Keletihan pihak SAR dan daya ketahanan kapal mampu bertahan dalam misi terbabit perlu diambil kira.
“Mereka keletihan berdiri di tingkap dengan keadaan pesawat bergoyang-goyang. Dari pangkalan ke kawasan itu juga mengambil masa empat jam, ditambah waktu pergi balik menjadi lapan jam.
“Dengan kapasiti minyak yang ada, mungkin ada dua jam sahaja untuk mencari,” katanya dipetik dalam wawancara bersama Astro Awani.
Beliau juga berkata, keadaan matahari di sana yang condong dan mewujudkan bayang-bayang walaupun di waktu tengah hari merumitkan lagi pencarian menggunakan mata kasar.
Dalam pada itu, mengulas pendedahan transkrip pesawat didedahkan oleh akhbar Britain, Daily Telegraph, Nik Ahmad Huzlan menganggap ia meragukan dan sebagai bahan jenaka.
Menurut beliau, tiada istilah seumpama itu digunakan oleh juruterbang untuk berkomunikasi dengan menara kawalan kerana terma yang digunakan lebih teratur, tepat, padat dan mengikut perundangan.
Jelas beliau, lebih meragukan apabila transkrip itu berdasarkan versi bahasa Mandarin daripada terjemahan bahasa bahasa Inggeris dengan salinan asal tidak dedahkan.
“Kita tidak bertutur secara beramah mesra dalam komunikasi penerbangan kerana banyak kapal terbang nak guna radio, dan akan ‘jammed’ dan tidak ada peluang orang lain.
"Bahasa yang digunakan juga bukan bahasa juru terbang, tetapi bahasa imaginasi orang yang nak jadi juruterbang sehingga masyarakat fikir inilah bahasa yang diguna pakai sedangkan tidak,” katanya.
Ujar beliau, radio ada ungkapan dan terma tertentu dan mereka perlu menjalani ujian.
Beliau juga berkata, tidak ada keperluan kepada DCA untuk memberikan pita rakaman itu kepada forensik antarabangsa untuk disiasat.
Butiran perbualan kokpit MH370 bermula dari saat berlepas jam 12.36 pagi hingga mesej terakhir 1.19 pagi pada 8 Mac itu didedahkan oleh, laporan akhbar Daily Telegraph.
Laporan itu mendedahkan transkrip komunikasi juruterbang bersama menara kawalan dan lain-lain pengawal trafik udara bermula Boeing 777-200 milik MAS berlepas dari landasan hingga kedudukannya di Laut China Selatan.
Ia juga termasuk pertukaran dari satu lokasi dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, “All right good night”.

No comments:
Post a Comment