“SAYA BIMBANG PARTI SAYA LINDUNGI KORUPSI”
Datuk Husam Musa berucap pada majlis makan malam Parti Amanah Negara Kelantan di Petaling Jaya malam tadi. Beliau mempertahankan kehadirannya di majlis itu dengan alasan hanya mencontohi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menasihati musuh parti.
Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa yakin partinya tidak akan memecat beliau kerana menyertai majlis makan malam anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) yang menjadi musuh parti Islam itu kerana beliau hanya mencontohi jejak langkah presiden.
“Saya yakin parti saya parti yang baik. Parti saya tidak akan pecat saya sebab hadir untuk nasihat Amanah.
“Saya hanya mencontohi presiden yang pergi ke majlis bersama presiden Umno.
“Takkan saya tidak boleh datang ke majlis bekas rakan kita kalau presiden boleh ke majlis bersama pemimpin Umno,” kata Husam pada majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya malam tadi.
No comments:
Post a Comment