Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu kemelut yang melanda kepimpinan kerajaan negeri Kedah ketika ini diselesaikan segera mengikut amalan demokrasi.
Menurut Abdul Hadi, masalah di negeri itu perlu diselesaikan menerusi suara rakyat iaitu melalui Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selain itu, beliau juga berkata, asas demokrasi yang berakhlak dan beradab dalam menyelesaikan apa jua masalah yang melanda dalam negeri dan negara perlu dilakukan.
Katanya, ia perlu dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan rakyat berbilang kaum tidak terjejas.
"PAS berpegang pada lunas undang-undang serta asas demokrasi yang berakhlak dan beradab dalam menyelesaikan apa jua masalah yang melanda dalam negeri dan negara kita," katanya.

Ia dipercayai susulan kelantangan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad mengasak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mendesaknya berundur.
Susulan itu, Najib menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Tan Sri Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah, yang juga Tunku Temenggong Kedah, di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan di ibu negara, minggu lalu bagi membincangkan isu pertukaran menteri besar.

Laman pro-BN pula melaporkan cakap-cakap bahawa Sultan Kedah sudah memperkenan pertukaran menteri besar dan pengumuman akan dibuat oleh Najib selepas pertemuan yang diadakan pada jam 2 petang ini.
No comments:
Post a Comment