Monday 22 February 2016

Apakah petanda sekiranya anda kebas kaki dan tangan, sakit di bahagian tertentu? Menerusi Facebook, Hani Sofia kongsikan petanda-petanda penyakit yang mungkin anda hidapi tanpa anda sedari. 1. Sakit di bahagian bahu. -Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang. 2. Kebas tangan : -Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. 3. Kebas tangan kiri dan lengan : -Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. 4. Kebas kaki : -Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. 5. Sakit tapak kaki : -Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

No comments:

Post a Comment