Monday 22 February 2016

Khasiat Kangkung. Sayur ini terus popular gara-gara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penurunan harga kangkung sedikit masa lalu. Waktu itu menjadi perhatian hangat di media massa, tidak kira cetak mahupun elektronik. Bahkan turut menjadi perbualan dan perdebatan hangat di mana-mana sahaja, termasuklah di warung kedai kopi. Apa istimewanya kangkung sehingga pernah menjadi perbualan hangat? Kangkung atau nama santifiknya Ipomoea aqatica adalah sejenis sayuran yang popular di kalangan penduduk Asia Tenggara, terutama Malaysia dan Indonesia. Kangkung juga mudah dan cepat tumbuh, sekitar 4-6 minggu ia akan cepat membesar.Ia menjadi menu alternatif tidak kira di rumah mahupun restoran. Kangkung juga mudah dan murah didapati di Nusantara ini. Selain digunakan sebagai bahan masakan, kangkung juga digunakan sebagai bahan untuk kesihatan. Berikut adalah contoh khasiat kangkung dari segi kesihatan: 1. Khasiat Kangkung Boleh Tajamkan Penglihatan Selain daripada lobak merah, ramai yang tidak sedar bahawa kangkung juga mampu penamajamkan penglihatan kita. Kangkung mempunyai vitamin A yang tinggi, iaitu 6300 IU, lebih tinggi daripada sayur bayam. Daripada kajian sains yang dilakukan, semakin tinggi hijau sayur itu,semakin tinggi bertakaroni di dalam sayur tersebut. 2. Khasiat Kangkung Boleh Mencegah Imsomnia Kangkung, mempunyai sifat sedatif, bahan yang boleh menjadi penyebab kepada mengantuk. Kangkung juga berpotensi boleh mengendurkan saraf. Hal ini kerana adanya mineral yang terkandung di dalamnya. Semakin tinggi kuantiti kangkung bila kita ambil, saraf jadi kendur. Apabila saraf kita kendur, maka tidur kita mungkin akan menjadi lebih berkualiti dan lena.Kebaikannya adalah, jelas kangkung dapat membantu mengatasi masalah tidur/insomnia dan membantu untuk dapat tidur lebih lena. Awas, mungkin kangkung tidak sesuai dimakan dengan kuantiti yang banyak jika anda di kelas atau di pejabat. 3. Khasiat Kangkung Boleh Mengurangkan Haid Berlebihan Khas pada kaum hawa, jika anda mengalami haid berlebihan, anda boleh menggunakan kangkung untuk merawatnya. Caranya : Ambil sekurang-kurangnya setengah kilogram daun kangkung segar. Cucikannya sehingga bersih, lalu ditumbuk halus. Tuangkan air setengah gelas, saring dan tuangkan sekurang-kurangnya sekurang-kuranya satu sudu teh dan dicampurkan dengan madu. Minum sekali sehari sekaligus. Haid akan jadi baik dan lancar.

No comments:

Post a Comment