Wednesday 24 February 2016

Nampaknya dengan bermulanya sesi baru persekolahan dan perkembangan media sosial yang semakin meluas, nampaknya semakin mudah kisah orang memerlukan atau susah yang dapat diketahui. Kita rakyat Malaysia banyak membantu dalam memaparkan kisah-kisah ini, kita juga haruslah bertindak sebagai mata dan telinga untuk melaporakn kepada pihak bertanggungjawab mengenai kisah-kisah anak-anak memerlukan ini. Terbaru kes hari ini, seorang guru bernama Shafawi Danish telah berkongsikan di laman Facebooknya kisah seorang murid yang baru datang melaporkan diri ke sekolah kerana diceritakan oleh beliau murid berkenaan terpaksa berkongsi sehelai baju, sehelai seluar dan beg dengan abangnya membuatkan salah seorang daripada mereka akan datang ke sekolah dan seorang akan ponteng. Berikut adalah cerita beliau. Allahuakbar.. Kisah ini bukanlah berlaku dikawasan perdalaman tetapi di bandar, adik ini baru melaporkan diri di sekolah hari ini untuk tingkatan satu. Selepas diselidik kenapa dia lambat melaporkan diri ke sekolah rupanya dia adalah mengsa kes penceraiaan ibu bapa di mana ibunya tidak bekerja. BACA: "Cikgu Saya Tidak Ada Duit Lagi Nak Bayar, Cuma Ada RM60", Rayu Waris Pada Hari Pendaftaran Dua hari lepas abang dia yang belajar di tingkatan 4 telah datang ke sekolah terlebih dahulu untuk mengetahui kelas. Dan hari ini abangnya tidak datang ke sekolah kerana beg, baju dan seluar sekolahnya dipakai oleh si adik(berkongsi satu pakaian) di mana dia datang berseorangan untuk melaporkan diri, itupun dengan duit bantuan jirannya. menangis la pulak.. 0 inShare

No comments:

Post a Comment