'Dua kali makcik ke Baitulmal'
August 17, 2014
PONTIAN - Seorang ibu tunggal, Sapiah Abd Rahim, 68, yang tinggal bersama anaknya yang juga ibu tunggal di Kampung Jelotong Laut, di sini, merayu agar diberikan bantuan rumah.
Keadaan rumah yang semakin uzur dengan beberapa binaan kayu yang mula mereput dan dimakan anai-anai membuatkan mereka tidak dapat tidur lena.
Keadaan Sapiah dan anaknya, Hasnah Ahmad, 40, ibu tunggal kepada enam anak bertambah sukar apabila dia mendakwa permohonan sebanyak dua kali untuk mendapatkan bantuan rumah daripada Baitulmal negeri tidak mendapat perhatian sepatutnya.
Menurut Sapiah, selepas kematian suami empat tahun lalu, dia tidak punya pendapatan untuk membaiki rumah pusaka berusia lebih 20 tahun itu yang dibina sendiri arwah suaminya.
“Makcik pernah memohon bantuan rumah daripada Baitulmal, tiga tahun lalu dan anak lelaki mak cik membuat permohonan kali kedua setahun selepas itu.
“Bila hujan sahaja, rumah ini selalu dinaiki air sebab keadaan rumah agak rendah," katanya.
Menurutnya, dia tidak mahu menyusahkan anak-anaknya memandangkan mereka semua yang bekerja sebagai mekanik, pengawal keselamatan dan pembantu kedai turut
“Selain Hasanah, seorang lagi anak perempuan makcik juga merupakan seorang ibu tunggal kepada empat orang anak, tetapi dia menetap di Johor Bahru dan bekerja sebagai pembantu kedai," katanya kepada Sinar Harian.
Bagi anak lelakinya, Sadak Ahmad, 43, berkata, dia begitu sedih mengenangkan keadaan rumah yang didiami ibu bersama keluarga adiknya.
“Saya pernah membuat permohonan Baitulmal bagi bantuan rumah ibu, namun saya cukup sedih apabila alasan pemohon yang ramai diberikan kepada saya ketika mengajukan borang permohonan.
“Saya cuba untuk memohon bantuan rumah, namun saya tidak punya masa untuk berulang alik ke pejabat memandangkan kedudukan tempat kerja saya di Benut agak jauh,” katanya.
Dia turut mengakui, dengan pendapatan bulanan sebanyak RM700 sebagai mekanik di samping perlu menanggung anak-anak dan isteri, dia tidak mampu untuk membina rumah baru untuk ibunya.
“Saya amat berharap agar bantuan rumah Baitulmal dapat diberikan kepada ibu dalam kadar segera,” katanya.
Sementara itu, Pembantu Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Johor (Maij), Zakuan Mohd Bandi berkata, Sapiah merupakan penerima bantuan bulanan sara hidup Baitulmal sebanyak RM 150 sebulan.
Katanya, pihaknya telah melakukan lawatan ke rumah Sapiah pada tahun lepas bagi meninjau keadaan ibu tunggal tersebut.
“Memandangkan Sapiah telah membuat dua permohonan iaitu sara hidup dan bantuan rumah, dia telah memilih sara hidup.
“Bagaimanapun, nama Sapiah telah tersenarai di dalam pemohon program rumah rakyat termiskin (PPRT) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW),” katanya.

No comments:
Post a Comment