Enam beranak tinggal dalam pondok dapat pembelaan
September 2, 2014
BESUT - Kesengsaraan enam sekeluarga tinggal dalam pondok berukuran kira-kira tiga meter panjang dan 2 meter lebar sejak enam tahun lalu bakal mendapat pembelaan.
Ini kerana Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu telah berjanji untuk menyediakan rumah baharu dan bantuan bulanan kepada keluarga pencari lokan Kamaruddin Azmi, 32, ini.
Pondok yang didiaminya di Kampung Pengkalan Nyireh di sini bersama isterinya Sulaila Idris, 22, serta empat orang anak mereka yang berumur 7 bulan hingga 7 tahun dikunjungi para pegawai Maidam hari ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Baitulmal Maidam, Azmi Tengah yang mengetuai rombongan itu berkata pihaknya mendapati keluarga tersebut patut dibantu.
"Keluarga Kamaruddin akan dicadangkan bagi mendapatkan sebuah rumah baharu dan bantuan bulanan tetap akan disalurkan agar pasangan suami-isteri ini dapat membesarkan anak-anak mereka dengan baik demi masa depan anak-anak mereka," katanya.
Beliau berkata di bawah Program Intai Asnaf, Maidam akan membantu golongan miskin melalui wang zakat kepada mereka yang memerlukan bantuan.
Menceritakan tentang kemiskinannya, Kamaruddin berkata beliau dan isterinya tinggal di rumah pondok itu yang dibina dengan batu jongkong di atas tanah milik bapa mentuanya sejak mereka berkahwin.
Beliau menyara keluarganya dengan mencari lokan di sungai untuk dijual di pasar dengan harga RM8 sekilogram.
Setakat ini keluarganya tidak mendapat sebarang bantuan kerana permohonannya untuk mendapat bantuan sering ditolak atas alasan umurnya masih muda untuk mengharapkan bantuan, katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment