Ahli Umno Terengganu diminta bertenang
Tarikh: May 13, 2014

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari
KUALA TERENGGANU - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Jailani Johari meminta semua ahli Umno agar bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi krisis politik di Terengganu.
"Saya menyeru semua ahli Umno supaya tenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan. Apa jua tindakan kita haruslah mengutamakan kepentingan parti," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.
Jailani yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, beliau sangat berharap agar semua ahli Umno Terengganu kembali bersatu.
"Saya harap semua ahli akan terus bersatu dan mendoakan jalan penyelesaian terbaik demi kepentingan semua," katanya.
Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu Datuk Seri Ahmad Said (Kijal), Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) mengumumkan keluar Umno dan menjadi wakil Bebas, awal hari ini.
Dengan perkembangan terbaharu politik itu, kerusi Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu berkurangan daripada 17 kepada 14, Pas (14), PKR (satu) dan Bebas (tiga).
Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu semalam sekali gus menyaksikan Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu. - Bernama

No comments:
Post a Comment