Saturday 24 May 2014



PIALA THOMAS: RTM akan siar secara langsung final Malaysia dengan Jepun

Kuala Lumpur: RTM melalui saluran TV1 akan menyiarkan secara langsung perlawanan akhir Piala Thomas antara Malaysia dan Jepun dari Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, India, 5.30 petang esok.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail, berkata itu dapat disiarkan secara langsung selepas stesen televisyen berbayar, Astro, bersetuju memberikan hak siaran kepada RTM.
Beliau berkata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery meminta RTM mengadakan rundingan dengan Astro berhubung penyiaran langsung final
Piala Thomas 2014.
Astro memegang hak siaran langsung Piala Thomas/Uber 2014.
"Saya ingin berterima kasih kepada Astro yang membantu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyaksikan perlawanan akhir ini secara langsung di RTM," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Thomas selepas 12 tahun dengan menewaskan pasukan Indonesia 3-0, pada separuh akhir semalam. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/24

No comments:

Post a Comment