Sunday, 25 May 2014

DALAM NEGERI

Najib, Rosmah lawat pasangan panda di Zoo Negara


NAJIB Tun Razak diiringi isterinya, Rosmah Mansor memberi makan Fu Wa semasa melawat pasangan panda gergasi dari China, Fu Wa dan Feng Yi di Pusat Konservasi Panda Gergasi,Zoo Negara, Hulu Kelang, Selangor, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 25 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor melawat pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi di Zoo Negara, di sini hari ini.
Najib yang membuat catatan dan memuat naik gambar lawatan dalam laman Facebook berkata panda gergasi itu dianggap sebagai simbol keamanan dalam budaya China dan amat dihormati.
Pasangan panda gergasi itu berada di Malaysia selama 10 tahun sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik selama 40 tahun antara Malaysia dan China pada 31 Mei.
Pasangan panda itu yang dipinjamkan oleh kerajaan China melalui program Perjanjian Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi Malaysia-China, akan dikuarantin selama sebulan di tempat khas di Zoo Negara untuk membolehkan haiwan itu menyesuaikan dengan persekitaran baharu.
Melalui program yang dimeterai pada 2012, Malaysia mempunyai peluang untuk menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi selain dapat membangun dan melatih pakar dalam bidang itu. - BERNAMA
Utusan Online on Facebook


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140526/dn_01/Najib-Rosmah-lawat-pasangan-panda-di-Zoo-Negara#ixzz32mEkr3gm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment