Alahai Abu Backer Sidek...
May 29, 2014
“SAYA dah benci semua ini, saya nak balik Kuala Lumpur, saya nak pi Madinah. Kilang saya ada banyak, berniaga lagi bagus," antara kata yang diungkapkan calon Bebas PRK Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan ketika melahirkan rasa sedih dengan media kerana kurang memberi liputan kepadanya sepanjang tempoh berkempen.
Dalam sidang media yang diadakan kira-kira 45 minit di lobi sebuah hotel pada 19 Mei lalu, Abu Backer Sidek yang juga seorang peguam, mengalirkan air mata kerana kecewa perjuangannya tidak diberi perhatian media.
Namun saya menafikan sekeras-kerasnya perkara itu kerana sejak hari penamaan calon lagi saya diarahkan oleh ketua untuk mengikuti segala aktiviti dan kempen dijalankan olehnya.
Tidak kira panas dan hujan, saya tetap akur dengan arahan ketua yang mahu liputan berita dari setiap calon kerana mahu memberikan laporan yang seimbang kepada pembaca.
Dalam sidang media itu, selain melahirkan rasa kekesalannya terhadap media, Abu Backer Sidek juga mengungkapkan perkataan ‘media ini perlu diajar’ dan perkataan itu sedikit membuatkan saya rasa terkilan kerana beliau langsung tidak menghargai sumbangan yang kami beri sebelum itu membuat liputan aktiviti dan kempennya.
Malah, sehari sebelum kejadian itu, saya baru sahaja menyiapkan wawancara khas bersamanya yang menceritakan mengenai dirinya yang sebelum ini mungkin tidak dikenali oleh masyarakat Pulau Pinang khasnya penduduk Bukit Gelugor.
Ikutkan hati mahu sahaja saya menarik balik artikel berkenaan dan meminta restu ketua supaya tidak menyiarkannya.
Namun apabila mengenangkan konsep Sinar Harian yang telus dan tulus, saya terpaksa mengetepikan rasa sakit hati terhadap calon Bebas yang berusia 46 tahun itu.
Dalam sidang media itu juga, saya melemparkan soalan sama ada beliau bersedia diboikot oleh media disebabkan kenyataan ‘media ini perlu diajar’ yang diungkapkan olehnya.
Abu Backer Sidek yang dilihat tidak senang dengan soalan itu menjawab tidak kisah kerana stesen televisyen luar negara sedang menunggunya.
Kenyataannya itu juga tidak disenangi beberapa wartawan lain dan kami bersepakat untuk memboikotnya dengan tidak memberi liputan.
Namun keesokan hari lain pula yang terjadi, Abu Backer Sidek dilihat terbaring bawah kenderaan rasmi Ketua Menteri di hadapan Dun selepas hasratnya bertemu Lim Guan Eng tidak kesampaian.
Tiada istilah boikot lagi kerana apa yang berlaku mempunyai nilai berita dan mahu atau tidak, kejadian itu mesti dilaporkan. Akhirnya ia dilaporkan muka hadapan Sinar Harian pada 21 Mei lalu.
Akibat kejadian itu, Abu Backer Sidek dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta. Walaupun perasaan sakit hati masih membara dalam diri namun saya bersimpati dengan apa yang berlaku.
Walaupun masih lagi dalam mood boikot, namun terpaksa akur dengan arahan ketua yang mahu saya membuat liputan mengenai keadaan Abu Backer Sidek yang terlantar di hospital.
Kebetulan, pada hari berkenaan saya menerima mesej dalam aplikasi Whatsapp yang dihantar oleh pengikut calon Bebas berkenaan yang memberitahu Abu Backer Sidek akan membuat sidang media di hospital pada jam 2.30 petang.
Tidak mahu terlepas sidang media itu, saya bergegas 30 minit awal ke hospital berkenaan. Sebaik tiba saya menghubungi beliau untuk mengetahui lokasi sidang media namun tidak dijawab.
Saya turut menghantar mesej dalam aplikasi Whatsapp namun tidak juga dibalas. Sehingga jam 3 petang, saya tunggu di lobi hospital berkenaan namun langsung tiada maklum balas.
Iman saya sekali lagi diuji, kerana geram dengan apa yang berlaku. Saya meluahkan rasa kecewa dalam kumpulan Whatsapp yang dibuat khas oleh calon Bebas itu kerana peranan kami sebagai media langsung tidak dihormati dan dihargai.
Saya bertekad untuk memboikotnya dan sudah tidak mahu lagi ambil tahu mengenainya.
Dua hari terlantar di hospital, Abu Backer Sidek dibenarkan keluar selepas disahkan tidak mengalami kecederaan serius. Walaupun belum sihat sepenuhnya namun beliau dilihat mahu meneruskan kempen yang pada masa itu hanya berbaki dua hari sahaja lagi. Beliau dilihat menggunakan tongkat untuk berjalan selain tidak mampu berdiri terlalu lama.
Pada Jumaat lalu, saya diarahkan untuk membuat liputan kempen seorang lagi calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar namun dalam masa yang sama menerima mesej yang mengatakan Abu Backer Sidek akan berkempen menggunakan karavan selain membawa seekor kuda di pekarangan Masjid Bandar Baharu Air Itam.
Bagi saya, apa yang cuba dilakukan Abu Backer Sidek itu menarik dan saya memilih untuk melihat kempennya dan mengabaikan arahan ketua supaya membuat liputan kempen Mohamed Nabi Bux.
Namun ternyata pilihan saya itu salah, saya terpaksa menunggu hampir dua jam mendengar ceramah Abu Backer Sidek sebelum memanggil saya dan beberapa wartawan lain untuk sidang media.
Saya sekali lagi mengetepikan rasa sakit hati dan hanya bertanyakan apa yang perlu sahaja untuk dijadikan bahan berita. Selesai sidang media, saya bergegas balik ke pejabat.
Walaupun perasaan marah dengannya masih ada namun saya tetap menyiapkan laporan tanpa mencampuri perasaan emosi yang agak kurang stabil ketika itu.
Namun hati saya sedikit sejuk apabila saya membuka aplikasi Whatsapp dan menerima mesej dari Abu Backer Sidek.
‘Saya minta maaf dengan salah faham yang berlaku sebelum ini. Sebenarnya saya sayangkan semua media’. Mesej yang dihantar Abu Backer Sidek dalam kumpulan Whatsapp itu terus melenyapkan semua rasa sakit hati saya terhadapnya.
Pada hemat saya, mungkin dia tertekan sebelum ini dan tidak dapat berfikir panjang sehingga mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya kepada pengamal media.
Abu Backer Sidek terus menjalankan kempennya. Menggunakan karavan, teksi dan kuda untuk menjelajah seluruh kawasan Bukit Gelugor.
Setiap perkembangan aktivitinya dikemas kini dalam kumpulan Whatsapp namun pada petang Sabtu, Abu Backer Sidek yang lebih dikenali sebagai calon kontroversi dalam kebanyakan pengamal media sekali lagi membuat kejutan dengan mengumumkan mahu menarik diri.
Alasannya, kesal dengan layanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain mendakwa semua permohonannya untuk mengadakan ceramah tidak mendapat permit.
Malah beliau juga dilaporkan mahu membawa ahli keluarga dan penyokongnya ke Langkawi untuk bercuti sedangkan keesokannya adalah hari pengundian.
Kelibat Abu Backer Sidek langsung tidak kelihatan semasa hari pengundian malah cubaan saya menghubunginya melalui telefon juga gagal apabila dimatikan.
Khabarnya, beliau dimasukkan semula ke hospital pada malam sebelum hari pengundian. Entah tidak tahu yang mana satu betul.
Mungkin Abu Backer Sidek dah kembali ke Madinah untuk meninjau kilang kurmanya di sana atau berada di Kuala Lumpur bagi menyambung kerja di firma guaman.
Tidak kira di mana pun Abu Backer Sidek kini berada, saya harap beliau pulih sepenuhnya atas kecederaan yang dialami sebelum ini. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kerana beliau berjaya memperoleh 225 undi pada PRK Parlimen Bukit Gelugor.
Walaupun banyak kontroversi yang dicipta Abu Backer Sidek sepanjang dua minggu tempoh berkempen namun kehadirannya sedikit menceriakan suasana PRK Parlimen Bukit Gelugor.
Rakan-rakan pernah berkata, kalau Abu Backer Sidek tak ada, pasti pilihan raya kali ini amat bosan.

No comments:
Post a Comment