Wednesday 28 May 2014



Padah berbasikal lawan arus

Oleh Hilmi Mahmud
Georgetown: Seorang lelaki berusia 50-an parah manakala anaknya berumur 30-an cedera selepas motosikal ditunggang dua beranak itu melanggar dua basikal ditunggang wanita pekerja asing di laluan motosikal Lebuh Raya Dr Lim Chong Eu, Georgetown, 8.30 pagi tadi.
Mangsa cedera parah di kepala dipercayai tercucuk besi cermin sisi motosikalnya yang patah selain terhentak pada jalan raya.
Ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan menghantar anaknya ke tempat kerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.

Mangsa dikatakan gagal mengelak dua basikal wanita pekerja asing yang ditunggang secara melawan arus.
Foto
PENUNGGANG motosikal yang parah akibat kemalangan diberi bantuan oleh pengguna jalan raya. FOTO Hilmi mahmud

Anak mangsa dan dua wanita perkerja asing cedera di kepala, siku dan kaki turut dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/28

No comments:

Post a Comment