Saturday 24 May 2014

BAHASA

Rayer balas kenyataan Zahid, Pemuda Umno pernah ganggu Karpal

OLEH LOOI SUE-CHERN
MAY 25, 2014
Ahli Dewan Pulau Pinang DAP, termasuk R S N Rayer, menunjukkan laporan polis dan SMS rasis yang diterima daripada orang yang tidak dikenali. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain,  25 Mei, 2014. Ahli Dewan Pulau Pinang DAP, termasuk R S N Rayer, menunjukkan laporan polis dan SMS rasis yang diterima daripada orang yang tidak dikenali. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 25 Mei, 2014.R S N Rayer, wakil DAP yang terkenal dengan ungkapan kontroversi "Umno celaka", membidas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan DAP menerima balasan kerana apa yang beliau katakan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima itu mempersoalkan apakah tindakan Zahid apabila ahli Pemuda Umno menyerang mendiang Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh di Parlimen pada 2009.
"Hari ini Zahid berkata DAP perlu menerima akibatnya kerana ia adalah tindak balas semulajadi.
"Apa yang beliau lakukan apabila ahli Pemuda Umno mahu menyerang Karpal, yang terpaksa menggunakan kerusi roda pada 2009?
"Adakah menteri mengambil apa-apa tindakan? " katanya dalam satu ceramah malam tadi di Air Itam.
Rayer merujuk kepada insiden 26 Februari 2009 apabila sekumpulan ahli Pemuda Umno Selangor menahan Karpal daripada memasuki Dewan Rakyat dan menuntut beliau meminta maaf atas kenyataan yang dibuat dalam Parlimen bahawa sayap Pemuda bertanggungjawab terhadap dua butir peluru hidup yang diterimanya melalui surat.
Karpal juga kononnya menggunakan perkataan 'celaka' untuk menggambarkan sayap itu.
Awal semalam di Teluk Intan, Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ancaman Pemuda Umno untuk membakar ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur pada hari Khamis adalah harga yang perlu DAP bayar kerana membenarkan ahlinya mengucapkan kata-kata menghina.
Beliau berkata tindakan ahli Pemuda Umno adalah manifestasi kemarahan pemimpin dan mengingatkan semua parti politik supaya menghormati pihak lain dan tidak menggunakan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain.
"Saya bimbang itu adalah harga yang perlu dibayar jika anda menyalahgunakan kata-kata seperti yang Rayer lakukan," kata Zahid.
Lebih kurang 50 orang ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan membantah di hadapan ibu pejabat DAP di Jalan Yew, Kuala Lumpur pada Khamis dan mengancam untuk membakar bangunan.
Pemimpin DAP mendakwa kumpulan yang marah juga memusnahkan papan tanda parti.
Sehari sebelumnya, sekumpulan orang yang mengaku ahli Pemuda Umno juga membantah dan menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi menuntut permohonan maaf daripada Rayer.
Rayer mengeluarkan kata-kata "Umno celaka" di sidang DUN pada Selasa dan mempertahankan apa yang dikatakannya serta enggan memohon maaf.
Beliau merujuk kepada tiga pemimpin Umno yang mengambil bahagian dalam perhimpunan di Seberang Jaya pada Januari di mana penunjuk perasaan membawa sepanduk yang tertulis peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 semasa beliau mengucapkan kata-kata  itu.
Sepanduk yang tertulis, “Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 berlaku ... Ingin ia berlaku lagi?' di perhimpunan 18 Januari di mana pemimpin mengeluarkan kata-kata kesat.
Malam tadi, Rayer juga memperkenalkan dirinya kepada orang Air Itam sebagai  “YB celaka”.
"Saya menerima banyak sokongan daripada orang ramai yang memberitahu saya untuk jangan meminta maaf.
"Jika saya membawa mikrofon di tepi jalan dan memarahi orang bodoh dan sebagainya, saya akan jadi gila. Jadi saya membawanya di Dewan Undangan Negeri.
"Saya bukan peninju Muhammad Ali, berlawan dengan orang lain (secara fizikal)," katanya.
Rayer berkata beliau lebih suka berdebat dengan pengkritik, tetapi sebaliknya mereka lebih suka menghantar “samseng”.
Beliau juga memberi contoh bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhadapan dengan gangguan daripada “samseng” yang sama beberapa tahun lalu sejak 2008.
"Mereka memanggil beliau anti-Melayu, membawanya keranda... mereka mengatakan DAP adalah sebuah parti Cina tetapi saya India. Anda boleh melihat kulit saya gelap.
"Saya ingin mengatakan mereka tidak begitu bijak," katanya.
Calon Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh daripada DAP berkata Zahid perlu meletakkan jawatan.
"Beliau lebih teruk daripada samseng yang datang menceroboh Dewan Undangan Negeri. Tingkah lakunya tidak wajar bagi seorang menteri.
"Ini bukan kali pertama beliau berkelakuan seperti samseng. Menteri tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu.
"Pemuda Umno jadi seperti itu kerana beliau. Kabinet tidak berubah dengan adanya orang seperti beliau di sana... dengan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, tiada apa yang akan berubah," katanya. – 25 Mei, 2014.
The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

COMMENTS

TALK OF THE WEB
Malaysia News
malaysianboy09
45 cheat death after bus plunges into ravine – Bernama: Forty-five passengers cheated death after th... bit.ly/1m9qEQ9 :MInsider
11m
Yahoo Malaysia
Yahoo_MY
BREAKING: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah has won the FAM presidential election and becomes the governing body's new head.
5m

No comments:

Post a Comment