Budak perempuan jatuh dari tingkat 3 pusat beli-belah
KEADAAN budak berumur 7 tahun yang dipercayai terjatuh dari tingkat satu di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas terjatuh dari Tingkat 3, di sebuah kompleks beli-belah di ibu negara, petang tadi.

Mangsa, Nurul Emielda Nadia Sallehuddin, 7, parah apabila bahagian belakang kepalanya pecah dalam kejadian jam 2 petang itu. 
Difahamkan, semasa kejadian, bapa mangsa dipercayai terlepas pandang dan mendapati anaknya sudah jatuh ke tingkat bawah. 


Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM) untuk bedah siasat.