Harus beri jaminan insiden tidak berulang
Tarikh: May 14, 2014

SHAH ALAM - Tindakan tiga Adun Umno Terengganu yang menggemparkan arena politik tanah air sejak beberapa hari lalu perlu beri jaminan mereka tidak akan mengulangi insiden yang sama pada masa akan datang.
Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata demikian sebagai mengulas tindakan pusingan 'U' yang dibuat oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (Kijal), Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) dan menyertai semula Umno hari ini selepas mereka mengumumkan keluar parti semalam.
"Mungkin calon-calon ini membuat keputusan secara emosi, kecewa dan sedikit terburu-buru."
"Apabila mereka sedar kesan dan natijah yang dilihat terjadi akibat dari keputusan yang diambil mereka, jadi mereka kembali menyertai parti pimpinan yang telah ditinggalkan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Sebelum ini, tumpuan terarah ke Terengganu selepas Ahmad dilaporkan keluar Umno selepas meletak jawatan menteri besar.
Kejadian dilaporkan berlaku selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baharu pada Isnin.
Susulan itu, Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud juga dilaporkan keluar Umno dan menjadi wakil Bebas.
Bagaimanapun ketiga-tiganya dilaporkan telah kembali kepada Umno dalam tempoh 48 jam.
Mengulas lanjut, Sivamurugan menambah, keputusan Umno mengatur pertemuan dengan ketiga wakil rakyat itu adalah satu langkah penyelesaian yang sangat bijak, sekaligus menyelamatkan BN dari hilang kuasa pentadbiran ke atas negeri Darul Iman tersebut.
"Apabila Umno menang semula majoriti kerusi dalam Dun, Pas secara automatiknya tidak boleh mendesak Ahmad Razif Abdul untuk kemuka undi tidak percaya atau membuat sebarang pembubaran Dun, semuanya boleh dianggap selesai," katanya lagi.
Beliau dalam pada itu turut menyarankan MB baharu mengambil langkah awal untuk merapatkan semula barisan kepimpinan untuk mengelakkan sebarang kepincangan dan pergolakan politik pada masa akan datang.

No comments:
Post a Comment