Wednesday, 21 May 2014

Tiga beranak disambar api

Oleh Rosliza Mohamed
Tumpat: Seorang bapa dan dua anak perempuannya berusia 2 dan 10 tahun parah apabila disambar api daripada saluran kepala tong gas yang bocor di rumahnya di Taman Mimi, Wakaf Bharu, sebentar tadi.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa Mohd Eddie Hariry Noor, 33, melecur di bahagian pinggang manakala dua anak perempuannya Nor Syafiqa, 10, dan Nur Syakira Anis, 2, melecur muka dan kaki selepas terkena sambaran api berkenaan. 
Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, untuk rawatan lanjut. 

Ibu mentua mangsa Hamidah Hamzah, 63, berkata ketika kejadian dia berada di ruang tamu bersama menantu dan dua cucunya sebelum menantunya memberitahu terhidu bau gas.
Foto
DAPUR dipercayai tempat mulanya api menyambar mangsa. FOTO Owee Ah Chun.

Katanya, menantunya bersama dua cucunya kemudian pergi ke dapur untuk membuat pemeriksaan sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan kecil di bahagian dapur.

"Saya kemudian melihat tiga beranak itu berlari keluar daripada dapur dalam keadaan kesakitan. 

"Saya yang terkejut mereka yang melecur di seluruh badan meminta bantuan jiran untuk di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/21

No comments:

Post a Comment