Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar
GEORGETOWN - Calon Bebas pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar membuat laporan polis mendakwa 330 poster dan kain rentang miliknya, yang digantung di sekitar kawasan parlimen itu, hilang.
Mohamed Nabi Bux, 63, berkata bahan kempennya itu dipasang sejak Isnin lepas dan beliau hanya menyedari kehilangan itu hari ini.
"Saya mendapat maklumat daripada jentera kempen saya yang kain rentang dan poster di beberapa kawasan telah hilang sejak semalam dan hari ini, kami sekali lagi membuat pemeriksaan lanjut dan mendapati 330 bahan kempen telah tiada.
"Saya rasa kecewa dan marah kerana bahan kempen kepunyaan saya dikhianati, dicuri dan dibuang oleh pihak tertentu yang bacul... saya harap kita bertanding secara 'gentleman' pada pilihan raya ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru, Air Itam di sini.
Beliau juga akan membuat laporan berhubung kejadian itu kepada SPR Pulau Pinang dalam tempoh terdekat.
"Saya mahu pihak SPR dan Majlis Perbandaraan Pulau Pinang (MPPP) memberi penjelasan mengapa bahan kempen saya hilang, adakah ia diturunkan atas arahan pihak tertentu. Saya juga minta pihak kerajaan negeri agar tidak 'double standard' mengenai perkara ini," katanya.
Sementara itu, jurucakap MPPP berkata kain rentang dan poster milik Mohamed Nabi Bux diturunkan selepas calon bebas berkenaan didapati menggunakan logo kerajaan negeri pada bahan kempennya tanpa kebenaran.
Pemangku Pengarah SPR Pulau Pinang Azizal Ahmad, ketika dihubungi Bernama, pula berkata beliau belum menerima laporan berhubung kejadian itu dan meminta calon Bebas berkenaan berhubung dengan SPR negeri jika tidak berpuas hati dengan tindakan itu.
"Kami ada pasukan penguatkuasa yang memantau bahan kempen pilihan raya kecil itu sama ada ia mematuhi peraturan yang ditetapkan atau tidak, mungkin calon berkenaan telah menyalahi peraturan, jika dia tidak puas hati, boleh buat aduan dengan kami.
"Tetapi jika dia menggunakan logo kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan tanpa kebenaran pihak berkenaan, itu memang satu kesalahan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan
- 'Dyana gigit tangan yang berinya peluang'
- Siew Keong janji rampas semula Teluk Intan
- Mohamed Nabi Bux bertegas beliau ahli Pas
- Calon Bebas kempen luar kawasan
- Siap sedia hadapi pilihan raya
- Mohamed Nabi Bux lapor polis bahan kempen hilang
- Mohamed Nabi Bux bukan ahli Pas
- DAP yakin kekalkan kerusi Parlimen Teluk Intan
- Mahu isu perumahan dijawab
- Singkir calon simpan gangster
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

No comments:
Post a Comment