Mutakhir
KLIA2 sudah kendali 5,600 penumpang dalam 24 jam
Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya 56 penerbangan direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga 5 petang semalam, menggambarkan kelancaran operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Malaysia Airports dalam kenyataan, hari ini, berkata lapangan terbang itu juga
mengendalikan kira-kira 6,500 penumpang dalam tempoh berkenaan.
mengendalikan kira-kira 6,500 penumpang dalam tempoh berkenaan.
Daripada 56 penerbangan, 32 adalah penerbangan Malindo Airways, Tiger Airways
(12), Lion Air (lapan) dan Cebu Pacific Airways (empat).
Menurut kenyataan itu, sistem pengangkutan awam termasuk teksi, bas dan
Express Rail Link (ERL) turut beroperasi dengan jayanya.
"Sistem operasi teras di klia2 seperti sistem daftar masuk, pengendalian
bagasi dan jejambat penumpang (aerobridge) beroperasi dengan cekap dan stabil,"
katanya.
AirAsia, AirAsia X, AirAsia Indonesia, Thai AirAsia dan AirAsia Zest akan
memulakan operasi di KLIA2, bermula 9 Mei bagi urusan ketibaan dan pelepasan
penumpang.
Malaysia Airports menasihatkan penumpang menghubungi syarikat penerbangan masing-masing terlebih dahulu untuk mengesahkan butiran mereka, terutamanya mengenai terminal pelepasan dan ketibaan bagi mengelak sebarang kesulitan.
Penumpang juga dinasihat untuk terus mematuhi pengurusan masa yang betul
bagi memastikan mereka tiba di terminal dalam waktu yang sesuai untuk
penerbangan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/04 0 0 Google +0 0 0"Sistem operasi teras di klia2 seperti sistem daftar masuk, pengendalian
bagasi dan jejambat penumpang (aerobridge) beroperasi dengan cekap dan stabil,"
katanya.
AirAsia, AirAsia X, AirAsia Indonesia, Thai AirAsia dan AirAsia Zest akan
memulakan operasi di KLIA2, bermula 9 Mei bagi urusan ketibaan dan pelepasan
penumpang.
Malaysia Airports menasihatkan penumpang menghubungi syarikat penerbangan masing-masing terlebih dahulu untuk mengesahkan butiran mereka, terutamanya mengenai terminal pelepasan dan ketibaan bagi mengelak sebarang kesulitan.
Penumpang juga dinasihat untuk terus mematuhi pengurusan masa yang betul
bagi memastikan mereka tiba di terminal dalam waktu yang sesuai untuk
penerbangan.
No comments:
Post a Comment