Sunday, 4 May 2014

Tiga penyamun `KO', lapan diberkas

Oleh Isma Ismail
Johor Bahru: Kumpulan penjenayah yang ditembak mati dan ditahan polis malam dan pagi tadi, dikenal pasti terbabit dalam kegiatan samun pusat beli-belah dan pengurup wang.
Mereka dipercayai terbabit dalam sembilan kes samun di sekitar Johor dan Pahang di samping dipercayai aktif dalam kumpulan kongsi gelap.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, kumpulan berkenaan dipercayai aktif sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, mereka itu terdiri daripada kumpulan penjenayah terancang.

Dalam kejadian 9 malam tadi, polis menembak mati tiga penjenayah dalam kejadian berbalas tembak di sebuah pusat beli-belah di Tebrau.

Dalam kejadian itu, polis turut merampas dua pistol separa automatik daripada penjenayah.

Tindakan susulan turut berjaya memberkas lapan individu lain dalam beberapa serbuan di sekitar bandar raya ini serta merampas dua pistol bersama beberapa peluru hidup.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/04 67  24 Google +1  1  0

No comments:

Post a Comment