Global
Jokowi, Prabowo ‘perang’ fesyen
Palmerah (Jakarta Barat): Sesuai dengan status mereka sebagai calon paling menonjol untuk merebut jawatan presiden, Prabowo Subianto dan Joko Widodo (Jokowi) mempunyai cara tersendiri untuk menarik perhatian rakyat.
Satu daripada ‘perang’ mereka ialah melalui penampilan umum bagi membentuk persepsi masyarakat mengenai kredibiliti masing-masing.
Mewakili parti Gerindra, Prabowo dilihat sering tampil mengenakan sut safari, manakala Jokowi pula gemar memilih kemeja putih.
Sejak akhir-akhir ini pula Jokowi dilihat kembali memilih kemeja dengan corak kotak yang pernah digunakan ketika dia berkempen untuk pemilihan gabenor di Jakarta pada 2012.
Pemerhati berkata, cara pemakaian Prabowo mengimbau kembali imej Sukarno di saat kegemilangannya satu ketika dulu.
Selain Prabowo, pemimpin lain Gerindra dan individu yang sering bersama bekas jeneral komando elit Indonesia itu juga mengenakan gaya pakaian sama.
Jokowi pernah diingati dengan kemeja corak kotak ketika dia bertanding dalam pemilihan gabenor.
Jokowi pernah diingati dengan kemeja corak kotak ketika dia bertanding dalam pemilihan gabenor.
Selepas memenangi jawatan itu dia sering dilihat mengenakan kemeja putih.
Ketika diumumkan sebagai calon presiden mewakili Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Jokowi memakai pakaian tradisional Jawa untuk seketika sebelum kembali kepada pemakaian biasanya.
Namun sehingga kini, belum ada imej khas dari segi pakaian yang ditetapkan untuk calon presiden itu.
Menurut Jokowi, dia mempunyai 10 helai kemeja putih yang dipakainya secara bergilir.
“Cuma ia bukanlah pakaian berjenama yang dibeli dari butik mewah, sebaliknya ditempah daripada tukang jahit di Solo,” katanya.
Menurut Jokowi, setiap sehelai kemeja itu ditempah pada harga kurang daripada RM20.
“Saya menempahnya kerana harga murah,” katanya.
Sementara itu pemerhati lain berkata, sejak kebelakangan ini Jokowi kembali menggayakan imej asalnya dengan kemeja kotak.
Ditanya mengapa kembali menggayakan imej itu, Jokowi menjawab: “Cuma mahu mencuba kemeja baru, apakah tak boleh?” Sumber pula berkata, jentera kempen Jokowi sudah memesan kira-kira dua juta kemeja serupa untuk diedarkan di seluruh Indonesia.- Agensi
No comments:
Post a Comment