Wednesday, 21 May 2014

Anda di sini: Laman Utama | Dunia »

Rakyat marah kerajaan Nigeria gagal selesai kes culik 300 pelajar

email
comments
Rakyat marah kerajaan Nigeria gagal selesai kes culik 300 pelajar
PLAY
Click to Expand & Play

Penduduk Chibok mengadakan protes jalanan ekoran penculikan ratusan pelajar perempuan di Abuja. -- AFP PHOTO/PIUS UTOMI EKPEI
ABUJA: Kegagalan kerajaan Nigeria menyelesaikan kes penculikan 300 pelajar perempuan oleh Boko haram mencetuskan kemarahan rakyat.

Demonstrasi dan siri bantahan kini giat dianjurkan bagi mendesak kerajaan mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan gadis terlibat selepas ketua Boko haram mengancam menjual mangsa culik.

Di Abuja, penduduk Chibok mengadakan protes jalanan bagi meningkatkan tekanan ke atas presiden Goodluck Jonathan supaya mengambil tindakan berkesan menyelamatkan remaja diculik.

Pengerusi komuniti Chibok, Tsambido Hosea Abana merayu kerajaan segera melancarkan misi menyelamat.
Menurut polis, lebih 300 gadis diculik sejak 15 April lalu dari sebuah sekolah di pedalaman Nigeria.

Namun, 53 daripadanya berjaya meloloskan diri.

Presiden Nigeria telah mengumumkan sedia menerima bantuan Amerika Syarikat dalam usaha menyelamatkan mangsa.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my
Tag: CulikAbujaNigeriagadis
 
Belum ada komen dikemukakan lagi. Jadilah orang yang pertama mengemukakan komen!

Kemukakan komen baru

No comments:

Post a Comment